Isnin, 24 Oktober 2016

Sejarah Rumah BUDI


Penubuhan BUDI

Sebelum ditubuhkan BUDI pada tahun 1976 asalnya ialah Majlis Kebajikan Malaya Cawangan Daerah Yan, yang diasaskan oleh Tuan Haji Ghazali Bin L.Ahmad yang digelarkan dirinya Pak Su, yang mana ketika itu beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Penerangan Daerah Yan.

Setelah BUDI ditubuhkan pada tanggal 19hb Julai 1981, pengasasnya juga Tuan Haji Ghazali (Pak Su) selaku pengerusi dan dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bin Awang (Pak Teh) iaitu selaku setiausaha yang mana ketika itu beliau bertugas sebagai Penghulu Mukim Sala Besar, kemudian dilantik sebagai ADUN kawasan Sala, disertai oleh Encik Ahmad Bin Ismail, Penyelia Kanan Kemas Daerah Yan, selaku bendahari dan dibantu juga oleh beberapa orang ketua masyarakat dan Penghulu Daerah Yan. 


Sejarah Asrama Rumah BUDI 

Perancangan awal penubuhan ialah hasil usaha ahli Jawatankuasa Majlis Pusat Kebajikan Malaya Cawangan Yan dan ihsan daripada Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah telah membereskan bayaran tambahan Sekolah Kebangsaan Yan Perempuan yang tidak digunakan lagi untuk dijadikan asrama yang sekarang dijadikan Rumah Amal Yan.

Untuk mendapatkan pengerusi asrama yang sesuai maka mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat Kebangsaan Malaya Cawangan Yan pada 14hb Mei 1977 yang juga ahli Jawatankuasa Asrama Puteri telah telah melantik sebuah jawatankuasa kecil pemilihan juga merangkap sebagai jawatankuasa tatatertib.

Disebabkan bangunan ini terhad, maka cadangan asal telah diubah daripada Asrama Puteri Islam Negeri Kedah kepada Asrama Puteri Yan dengan penghuni pertamanya  seramai 20 orang sahaja yang mula dipenuhi pada 14 Feb 1978. Semuanya terdiri daripada penuntut perempuan yang bersekolah di Sekolah Menengah Yan.

Pada tahun 1981 seramai 30 orang anak yatim perempuan telah berpindah dari Asrama Puteri Yan ke Rumah BUDI yang diringkaskan dari "Bimbingan, Usaha, Pendidikan Anak Yatim Islam" iaitu bekas kediaman Pegawai Daerah Yan. Dibaiki dengan perbelanjaan RM 30,000.00 dari Kerajaan Negeri Kedah yang diluluskan oleh Menteri Besar Kedah ketika itu, YAB Dato' Seri Syed Nahar Shahabudin, peruntukannya telah diluluskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak RM 20,000.00 ketika beliau datang melawat. Dengan adanya perubahan bangunan rumah tersebut, maka pada tanggal 15hb Mei 1979, Asrama Puteri Yan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Syed Nahar Shahabudin Menteri Besar Kedah.

 Kini BUDI yang diringkaskan dari "Bimbingan, Usaha, Pendidikan Anak Yatim Islam" telah ditukarkan kepada "Badan Usaha Didikan Anak-anak Yatim Negeri Kedah". Sebagai langkah bagi meringankan perbelanjaan pengurusan Rumah BUDI pada ketika itu, pengerusinya Tuan Haji Ghazali bersama ahli jawatankuasa telah memperkenalkan sistem anak angkat sementara mencari orang-orang yang berkemampuan dan berkeluarga untuk menjadi bapa dan ibu angkat yang membiayai persekolahan dan juga membuka peluang kepada orang ramai untuk berbuka puasa bersama-sama anak yatim dan memberi sumbangan setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan.


Ahli Jawatankuasa Penaja Rumah BUDI tahun 1981 adalah  terdiri daripada:

1.Ybhg. Tuan Hj. Ghazali bin Ahmad        - Pengerusi
2. YB. Tuan Hj. Safirol bin Hj. Hashim      - Timbalan Pengerusi
3. YB. Tuan Hj. Ahmad bin Hj. Awang      - Setiausaha
4. Encik Ahmad bin Ismail                       - Bendahari
5. YB. Senator Hj. Fadzil bin Ahmad        - AJK
6. YB. Tuan Hj. Shaari bin Abu Baka
7. YB. Puan Hjh. Azizah binti Taib
8. YB. Tuan Hj. Ismail bin Arshad
9. YB. Tuan Hj. Hashim bin Osman
10. Ybhg. Dato' Shuib bin Osman
11. Encik Shahabudin bin Mohd Danial
12. Tuan Syed Razak bin Syed Zain
13. Tuan Hj. MSM Mohd Ali
14. Encik Mohd Zainulariffin Hj. Ahmad
15. Encik Mat Salleh bin Hanafi

**Jawatankuasa ini bertukar ganti setiap setahun sekali melalui mesyuarat Agung tahunan.

Badan Penasihat

1. YAB. Dato' Seri Menteri Besar
2. YB. Dato' Hj Abdullah Hj. Ismail
3. Ybhg. Tuan Pegawai Daerah Yan